Rabu, Januari 20, 2010

Apa kata mereka?

Hampir lapan bulan, Masjid As-Salam dikemudi olih Pentadbiran Baru, iaitu bermula pada 01 Jun 2009. Pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang dihadapi olih Pentadbiran Baru yang diketuai olih Tuan Nazir, Tn. Hj. Yasim Mohamed. Infrastruktur, seperti PA sistem yang tidak efisen, dokumentasi yang tidak lengkap semasa proses penyerahan dan persepsi masyarakat tentang kemampuan pentadbiran baru untuk mentadbir Masjid As-Salam. Berikut temuramah bagi mendapatkan pandangan anak kariah & masyarakat setempat mengenai pentadbiran baru Masjid As-Salam :

  • En. Roslan Ghazali ( 30 tahun) dari Puchong Prima
    ’’ Alhamdulilah banyak kuliah diadakan serta program motivasi untuk anak-anak kariah. Saya berpuashati dan berharap agar program untuk kebaikan anak kariah dapat diteruskan.” Beliau mencadangkan agar pihak Masjid menyegerakan pembukaan Sekolah Rendah Agama yang telah diwar-warkan bagi kemudahan pelajar-pelajarmendapat pendidikan agama dengan lebih sistematik.


  • En. Mohd Faizal Haye (35 tahun) berasal dari Gombak merupakan pemilik Stesen Petronas di Puchong Prima
    ’’Pentadbiran baru menyerlahkan kematangan dan lebih tersusun dalam mentadbir Masjid As-Salam jika dibandingkan dengan masjid-masjid yang pernah diziarahinya”. Beliau memuji langkah pentadbir yang memaparkan Carta Organisasi bagi memudahkan anak kariah/masyarakat setempat berhubung dengan pihak pentadbir jika menghadapi masalah. Antara cadangan bagi penambahabikan beliau iaitu : Pentadbir Masjid memikirkan kaedah terbaik bagi menasihati peniaga agar tidak menjual sesudah waktu azan Jumaat Umumkan agar jemaah yang datang lewat semasa sembahyang Jumaat dan meletakkan kenderaan di tengah jalan utama segera mengalihkan kenderaan agar tidak menghalang lalulintas disamping menjaga nama baik orang IslamPihak Masjid perlu membuat laluan motorsikal bagi memudahkan penunggang motosikal menaik dan menurunkan motosikal pada tempat yang telah ditetapkan Beliau mengucapkan tahniah pada AJK Masjid yang bekerja keras untuk memakmurkan lagi Masjid As-Salam.


  • En. Shahlan (39 tahun) dari Bandar Bukit Puchong, bekerja di PROTON " Perubahan banyak berlaku dari segi pertambahan kuliah agama, program motivasi serta program riadah memberi kebaikan pada masyarakat setempat.” Beliau mencadangkan agar ustaz yang dipilih untuk mengajar hendaklah bolih memberi kuliah dengan berkesan. Terdapat masalah dimana kunci pada pintu tandas banyak yang rosak dan perlu diperbaiki segera.

  • En. Ismail menetap di Jalan Dahlia, Puchong Perdana
    “ Banyak kebaikan seperti pertambahan Majlis Ilmu, program untuk anak-anak remaja dan juga pihak masjid ada memaparkan carta organisasi berserta nombor telefon bagi memudahkan anak kariah untuk menghubungi AJK” En. Ismail berharap agar kereta jenazah perlu diperbaiki atau diganti dengan yang lebih baik disamping Pentadbiran Masjid mencari jalan untuk memastikan PA sistem dapat berfdungsi dengan lebih baik.


  • En. Kamil Ali (42 tahun) menetap di Rawang yang singgah untuk bersembahyang maghrib memuji langkah Pentadbiran Masjid yang memaparkan carta organisasi , jadual kuliah berserta jumlah kutipan Jumaat bagi memudahkan masyarakat untuk mengikuti kuliah dan memudahkan masyarakat setempat untuk menghubungi AJK bila ada keperluan. Semoga Pentadbiran Masjid As-Salam mengambilkira segala pandangan dan cadangan agar dapat memberi kebaikan untuk anak-anak kariah dan masyarakat setempat .



  • Artikel ini disediakan oleh
    Tn Hj Azmi Bin Abd Ghani

    Tiada ulasan:

    Grab this Widget ~ Blogger Accessories