Sabtu, Januari 16, 2010

Blog Masjid Telah Siap DiLancarkan Semula

Syukran!

Setelah diberi sedikit kekuatan dan ganjaran masa oleh Allah swt, maka sempatlah juga saya menyiapkan "migration" blog masjid yang tak seberapa ini.

Sempat juga diselitkan beberapa model atau contoh iklan sepertimana yang dirancangkan dengan tuan Nazir.

Saya minta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam banyak hal tidak sepertimana yang diharapkan. Pun begitu, sekiranya ada masa yang terluang, akan saya cuba tempel-tempelkan apa yang patut semoga blog masjid ini akan menjadi lebih ceria, berinformasi, senang dilayari serta mudah dikendalikan oleh penulis-penulis tamu dikemudian hari mahupun dari kalangan pentadbir laman itu sendiri.

Kami sidang produksi blog masjid amat mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan atau luahan bagi mencapai hasrat seperti mana yang digariskan oleh pengurusan tertinggi masjid.

Sehingga itu, mohon maaf sekali lagi di atas sebarang kekurangan.



Bedin Jusoh
Pasir Tumbuh
Kelantan

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories