Rabu, Januari 13, 2010

AKTIVITI SENI SILAT GAYONG MASJID AS-SALAM

Biro Belia dan Rekrasi Masjid As-Salam dengan kerjasama Kelab Seni Silat Gayong Subang Jaya ada menjalankan aktivit Seni Silat Gayong di Masjid As-Salam. Latihan diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 9.00malam.


Ahli seramai 28 orang yang menjalani latihan asas di bawah tunjuk ajar Jurulatih En. Mohd Hisham bin Mohd Nazir.


Biro Belia dan Rekrasi mempelawa remaja-remaja untuk bersama-sama menyertai Kelab Seni Silat Gayong agar warisan kebudayaan melayu dapat dikekalkan disamping boleh ia merupakan seni mempertahankan diri.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari
Agar Gayong kekal abadi




Sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab ini bolih menghubungi En Mohd Hisham di talian 013-9307961 atau En. Roslan Hanapiah 012-3726328 atau lawati http://www.kssgayong.com/.

Laporan oleh: Azmi b. Ghani (Biro Belia dan Rekreasi Masjid As-Salam)

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories