Selasa, Disember 08, 2009

Program Motivasi & Teknik Penunggangan Motosikal secara selamat



1. Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Penyayang, pada 6 Disember 2009 yang lalu bersamaan 19 Zulhijah 1430, di antara jam 12 tengah hari hingga 5.30 petang, telah berlangsung satu program yang dinamakan “Motivasi & Teknik Penunggangan Selamat”.

2. Secara khususnya, program ini mensasarkan golongan remaja berumur 14 tahun ke atas yang telah mempunyai lesen memandu yang sah. Namun begitu, bagi ahli kariah yang berminat boleh juga menyertai program bagi menimba ilmu dan melihat sendiri bagaimana mengendalikan jentera motosikal mereka dengan baik.

3. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pengurusan DUN N29 Seri Serdang, DACS (Department of Art, Culture & Sports), ARC (Alternative Riding Club) dan Biro Belia & Rekreasi, Masjid As Salam, Puchong Perdana.

4. Dari segi persiapan dan logistik, pihak urus setia telah melakukan segala yang terbaik, namun dari sudut penyertaan golongan remaja masih ada ruang untuk diperbaiki.

5. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Soffiean Ismail, pimpinan masyarakat kawasan Puchong.

6. Selain itu, mereka yang hadir telah mengikuti satu sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman dan kemudiannya disusuli dua program praktikal yang dikelolakan sendiri oleh saudara Yasir Said, bekas juara Cub Prix Malaysia.

7. InsyaAllah, pada masa akan datang program-program keremajaan yang lebih sesuai akan diusahakan bagi menarik minat para remaja mendekati masjid.

Disediakan oleh
ROSLAN HANAPIAH
Pengerusi
Biro Belia & Rekreasi
Masjid As Salam, Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories