Rabu, Disember 02, 2009

Perjalanan Menjelajah Menara Masjid As Salam

Masjid As-Salam ini merupakan mercu kebanggaan anak kariah Puchong Perdana, malah menjadi satu petanda kepada pengunjung luar yang menjadikan Masjid As Salam sebagai rujukan arah.

Sudah menjadi tanggungjawab setiap anak kariah untuk memakmurkan dan mengimarahkan satu nikmat pemberian Allah SWT yang besar ini sebaik mungkin.

Pada mulanya penulis hanya sekadar berhenti seketika di ruangan parking masjid ini untuk mengambil gambar suasana masjid diawal pagi, terlintas untuk cuba menikmati pemandangan persekitaran masjid melalui menara masjid pula. Dengan bantuan Siak, Tuan Hj Hamdan beliau membawa saya menakluki menara masjid tersebut. Marilah sama-sama kita merenungi perjalanan ini melalui foto-foto yang diambil.


Pintu masuk ke menara masjid yang
kebiasaannya dikunci oleh Tn Hj Hamdan bagi mengelakkan dari kes-kes pencerobohan menara.



Menara ini mempunyai 2 bahagian tangga.
Bahagian yang pertama adalah seperti yang kita lihat foto diatas. Bahagian ini mempunyai 190 anak tangga yang kelihatannya seperti mudah untuk menaklukinya tetapi tercungap-cungap juga dibuatnya bila percubaan kali pertama ini.

















Inilah bahagian tangga kedua menara masjid ini. Tangga ini akan membolehkan kita untuk sampai ke puncak menara yang menempatkan alat pembesar suara. Ia diperbuat daripada besi keluli yang didirikan tegak 90 darjah sampai ke puncak menara.



Tangga ini tidak dilengkapi dengan sebarang alat-alat keselamatan seperti gegelung keluli yang kebiasaanya kita lihat pada tangga-tangga tangki air dan sebagainya. Ketinggian tangga ini juga melebihi 3 tingkat rumah flat.

Apa yang boleh direnungkan disini ialah bagaimana susahnya petugas-petugas masjid memanjat tangga ini untuk menukar atau membaiki alat pembesar suara yang selalunya rosak ini, yang selalunya dilakukan oleh Tuan Hj Hamdan, Siak dan Tn Hj Meor, bilal kita. Saya sendiri tidak mampu untuk memanjat tangga ini kerana bimbangkan aspek keselamatan.

Demi tanggungjawab, mereka (Tuan Hj Hamdan dan Tn Hj Meor) mereka sanggup juga memanjat tangga ini. Apakah kita pernah terfikir sebelum ini………tentang pengorbanan dan tanggungjawab mereka yang sanggup mengorban keselamatan mereka sendiri.

Saya fikir sudah sampai masanya untuk para jawatankuasa masjid ini memikirkan sesuatu untuk menguruskan situasi ini serta masalah alat pembesar suara yang kerap kali rosak.

Dibawah ini adalah suasana-suasana indah yang dapat kita lihat melalui menara masjid As Salam di waktu pagi.



























































































































































































































































































































































































































































Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories