Ahad, Disember 27, 2009

Majlis Penutup Kem Tahfiz Dan Pemantapan Al-Quran

Pada 24 Disember 2009 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Penutup Kem Tahfiz Dan Pemantapan Al-Quran. Dengan berlangsungnya majlis tersebut maka berakhirlah kem yang telah berjalan hampir sebulan itu. Majlis penutup tersebut diadakan di dewan Masjid As-Salam Puchong Perdana. Pengarah bagi majlis penutup tersebut adalah Ustaz Azwan dan dipengerusikan oleh Ustaz Yusuf Nasiruddin. Hampir 200 orang telah menghadiri majlis penutup tersebut yang terdiri daripada peserta dan ibubapa . Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris bin Saniman diikuti dengan ucapan Pengarah Program Ustaz Ilyas Helmi b Mohd Yusof. Ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Nazir Masjid As-Salam Tn.Hj Yasim Mohamed. Seramai 119 orang peserta telah menerima sijil penyertaan. Peserta terbaik hafazan lelaki telah dimenangi oleh adik Mohd Kamiluddin bin Sajali dan peserta hafazan perempuan dimenangi oleh adik Nurul Afiqah binti Mohammad Asri. Majlis penutup itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh peserta kem dibawah bimbingan Ustaz Yusuf Nasiruddin dan persembahan hafazan oleh adik Kamiluddin dan adik Afiah yang bimbing oleh Ustaz Faiz Azaini . Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi dengan jamuan ringan.
Ucapan syabas dan terima kasih kepada koordinator program, fasilitator-fasilitator dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kem Tahfiz dan Pemantapan Al-Quran dan majlis penutup kem tersebut . Diharapkan program seumpama ini akan dapat dijalankan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid As-Salam terutama Tn Nazir Tn.Hj Yasim Mohamed dan Ketua Biro Wanita Pn. Hanim diatas sokongan dan bantuan yang diberikan. Ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira diucapkan kepada dermawan-dermawan yang telah menyumbang dalam merealisasikan kem tersebut. Semoga usaha dan sumbangan kalian diberkati Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories