Rabu, Disember 30, 2009

Laporan: Program Keremajaan : Jom ke Masjid


Peserta sedang menyanyikan lagu Makna Bacaan Dalam Solat

Peserta sedang bersenamrobik


Peserta sedang mendengar taklimat daripada Ust Johani

Pada 25 Disember hingga 27 Disember 2009 yang lalu, telah berlangsung satu aktiviti yang dikhususkan untuk para remaja di sekitar kariah Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Program ini diberi nama, “Program Keremajaan : Jom ke Masjid”. Wakil Biro wanita semasa sessi pendaftaran

Aktiviti ini disasarkan untuk para remaja lelaki dan perempuan berumur 13 – 17 tahun. Biarpun sasaran peserta adalah dari anak kariah masjid, namun ada beberapa orang peserta yang datang dari Kajang dan Kuala Lumpur, turut mengambil kesempatan untuk menyertai aktiviti ini.
Sessi Taklimat
Setiap peserta dikenakan yuran minima RM20 seorang. Para peserta dikehendaki untuk membawa pakaian dan peralatan yang bersesuaian untuk aktiviti tiga hari dua malam itu. Ramai para ibu bapa yang turut hadir menghantar anak mereka sewaktu pendaftaran dilakukan. Mereka juga telah dijemput untuk hadir ke majlis perasmian yang telah diadakan pada jam 3:00ptg, 25 Disember 2009.

Program ini adalah anjuran bersama Pondok Penyayang Raudhah, Masjid As Salam, Puchong Perdana dengan kerjasama NR Hasanah Sdn Bhd.
Majlis perasmian program telah berlangsung di dewan kuliah utama Masjid As Salam dengan dihadiri oleh semua peserta yang telah berdaftar, ibu bapa, tenaga fasilitator dari Pondok Penyayang Raudah, Gombak, para AJK masjid dan tidak ketinggalan Puan Rasyidah dari NR Hasanah Sdn Bhd. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Nazir sendiri, Tuan Hj Yasim Mohamed. Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Nazir secara tegas telah menyatakan peri pentingnya remaja dididik denga akhlak yang baik kerana kejayaan akademik semata-mata bukanlah ukuran kejayaan sebenar bagi seorang insan. Nazir dengan penuh semangat sedang menyampaikan ucapan perasmian
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti di dalam kawasan masjid seperti ceramah, kuliah, latihan dalam kumpulan, aktiviti rekreasi, penekanan tentang solat lima waktu, qiamullail, konsert kanak-kanak, persembahan para peserta (berhubung kesalahan lazim dalam solat) dan senamrobik.

Di pihak AJK Masjid As Salam (khususnya urusetia pelaksanaan), kami telah berpeluang untuk menimba pengalaman pahit manis sepanjang program ini berlangsung. Mudah-mudahan Allah terus memberi kekuatan kepada kami untuk terus menabur bakti seikhlas mungkin, biarpun ada segelintir anak kariah yang kurang senang pada sebahagian kecil dari aktiviti yang dijalankan. Namun secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar.

Pastinya, program seumpama ini banyak manfaatnya kepada para peserta dan juga ibu bapa yang pastinya, mendambakan perubahan positif dari anak-anak mereka. Mudah-mudahan aktiviti seumpama ini yang akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dengan izin Allah jua, insyaAllah.

Sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat dirakam semasa program berjalan.
Ustaz Johani menyampaikan amanatnya semasa ucapan penutup sambil diperhatikan oleh Puan Rasyidah Peserta lelaki khusyuk mendengar ucapan perasmian Nazir Peserta perempuan khusyuk mendengar ucapan Nazir
Sebahagian bapa yang hadir semasa ucapan perasmian

Peserta menjalani latihan dalam kumpulan
Peserta sedang bersenamrobik


Peserta menjalani latihan dalam kumpulan

Peserta dan Ustaz Johani sedang mengikuti senamrobik

Peserta sedang mendapat hidangan

Para petugas dari NR Hasanah Café sedang menyediakan makanan

Sebahagian peserta perempuan semasa mendengar ceramah


Sebahagian peserta lelaki semasa majlis perasmian

Sebahagian para ibu yang hadir semasa majlis perasmian
Nota: Laporan ini disediakan oleh Biro Hal Ehwal Belia Masjid As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories