Rabu, Disember 16, 2009

Kursus Bantuan Kecemasan

Kursus Bantuan Kecemasan yang di adakan pada 13 Disember 2009 bersamaan hari Ahad 26 Zulhijjah dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan, Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan kerjasama Unit Hidayah Mafaa, Malaysia Airlines Flight Attendant Association dan Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Seramai lebih kurang 40 peserta terdiri dari Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa kecil biro-biro Masjid hadir untuk kursus tersebut.
Kursus telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana dan di tutup dengan resminya oleh Pengerusi Unit Hidayah sebagai Wakil Ustazah Sabariah sebagai PenolongPengarah Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara-cara menghulurkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan sebelum pesakit di hantar ke hospital dan sebelum datangnya kumpulan paramedik untuk memberi bantuan.
Berikut adalah subjek yang di ajar oleh fasilitator iaitu Hajjah Puan Syuraiya dari Akademi Penerbangan Malaysia:
1. Anatomy and Physiolgy
2. System Vital life
3. Temperature
4. First Aid Assessment
5. Bloodborne Pathogens merangkumi Definition, Universal Precautions, HBV dan HIV
6. Life Saving Technique merangkumi Cadio Pulmonary Resusitation CPR dan Choking
7. Traumatic


Emergencies
Disepanjang kursus berlangsung para peserta diberi latihan praktikal untuk memastikan apa yang di ajar dapat diserapkan dan dipraktikan jika berlaku sebarang kecemasan.
Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Hidayah Mafaa dan Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor menganjurkan kursus ini yang pertama kali di adakan.

Kursus ini akan menjadi modul kursus yang akan di ketengahkan oleh Unit Dakwah JAIS untuk masjid-masjid lain dengan kerjasama Unit Hidayah Mafaa di seluruh Negeri Selangor.
Sekian Laporan dari Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Di Sediakan oleh
Ery Sudirman Bin Basri.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories