Jumaat, Disember 11, 2009

KEM TAHFIZ DAN PEMANTAPAN AL-QURAN CUTI SEKOLAH 2009


Tanggal 1 Disember 2009 yang lalu, telah
bermulanya Program Kem Tahfiz Dan Pemantapan Al-Quran anjuran Pegawai-Pegawai Masjid As-Salam. Program ini akan berlangsung sehingga 26 Disember 2009.
Program ini berjalan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Program ini mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja yang berumur di antara 7 tahun hingga 17 tahun.Walaubagaimanapun ada juga peserta yang masih berumur 6 tahun yang menyertai kem tersebut atas permintaan ibubapa mereka. Program ini pada asalnya hanya menyediakan 60 tempat untuk peserta tetapi atas permintaan ibubapa dan objektif sebenar program, seramai 120 orang peserta telah diterima menyertai program tersebut dan di antara mereka adalah anak kepada Tuan Nazir, Timbalan Nazir, Bendahari dan AJK sendiri.
Walaupun masih ada yang memohon untuk menyertai tetapi terpaksa ditolak atas alasan kekurangan tenaga pengajar dan program telah pun bermula. Ucapan terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid terutama Tuan Nazir dalam merealisasikan program tersebut.

Antara objektif yang digariskan sepanjang program tersebut adalah :
1. Membudayakan masyarakat dengan Al-Quran
2. Menyediakan modal insan yang berpegang teguh dengan Al-Quran
3. Melahirkan generasi celik Al-Quran.
4. Memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang paling mulia.
5. Mendekatkan golongan remaja dengan masjid.

Program yang berlangsung hampir sebulan ini dibantu oleh 6 orang fasilitator yang dijemput khas bagi melicinkan perjalan program. Mereka terdiri da
ripada 4orang ustaz dan 2 orang ustazah. Alhamdulillah kita dapat membahagikan peserta kepada 6 kumpulan. 2 adalah kumpulan tahfiz yang dipimpin oleh ustaz Yusof Al-Hafiz (Pengurus Masjid Sultan Abd. Aziz, Kelana Jaya) dan Ustaz Omar Al-Hafiz (Imam 1 Masjid Bandar Kinrara). 3 Kumpulan lagi adalah kelas pemantapan Al-Quran yang dipimpian oleh 2 orang ustaz iaitu ustaz Azwan dan Ustaz Asyraf dan di bantu oleh seorang ustazah.
Kumpulan terakhir adalah kumpulan Iqra’ yang dibimbing oleh seorang ustazah. Kedua-dua orang ustazah adalah guru di Sekolah Agama Batu 13.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah setiap pagi akan dimulakan dengan perhimpunan dan diikuti Solat Sunat Dhuha sebelum peserta masuk ke kelas masing-masing. Aktiviti lain termasuklah kelas Tajwid dan slot kreatif. Tidak ketinggalan juga akan dijalankan smart solat pada penghujung program nanti.

Untuk makluman anak-anak kariah, kami pihak pegawai sedang merancang beberapi program khususnya program kesinambungan daripada kem tahfiz tersebut antaranya Kelas Tahfiz dan Kelas Al-Quran.
Diharapkan semua anak kariah akan memberikan sokongan dalam menjadikan Kariah Masjid As-Salam sebagai pemangkin dalam menjana modal insan yang bertaqwa.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories