Isnin, Disember 28, 2009

Intipati Khutbah yang disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam pada 25/12/2009

Menangani tekanan / stress dalam kehidupan

1. Setiap individu, baik remaja mahu pun dewasa atau orang-orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi tekanan dalam hidupnya.

2. Tanpa tekanan bukanlah kehidupan namanya. Berligar dengan masalah yang paling besar, hinggalah ke masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah.

3. Namun masalah yang tidak diurus dengan baik boleh mendatangkan tekanan (stress) dalam diri kita.

4. Tekanan atau (stress) boleh digambarkan sebagai satu keadaan yang negetif dimana seseorang yang mengalaminya akan lebih cenderong mengambil tindakan negetif yang akan memberi kesan buruk terhadap diri mereka, keluarga mereka dan orang lain.

5. Sebagai seorang Islam, kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dengan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya.

6. Islam telah menyediakan kaedah yang terbaik dalam mengajar umatnya ketika menghadapi tekanan.

7. Sebenarnya setiap permasalahan itu adalah merupakan ujian Allah s.w.t kepada kita, untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadapnya.

8. Sebagai manusia, kita sering terlupa serta terlalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba allah, apabila hidup kita sentiasa dilimpahi dengan kesenangan dan kemewahan.

9. Dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingatkan kita apakah kita hidup selama ini mengikut peraturan dan landasan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t atau pun sebaliknya.

10. Setiap kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyiksa jiwa adalah merupakan ujian Allah s.w.t untuk menguji sejauh mana tahap kualiti iman kita . Iman perlu kepada ujian.

11. Islam telah memberikan beberapa garis panduan bagi menghadapi masalah atau tekanan hidup kepada setiap individu muslim. Antaranya ialah :

  • Sandarkan harapan kita dan pergantungan kepada Allah swt.
  • Mohon pertolongan dari Allah s.w.t.
  • Jangan kita sedih dan kecewa.
  • Berkongsi masalah.

12. Disamping beberapa perkara yang disebutkan tadi, kita boleh juga menghilangkan strees melalui senaman badan atau riadah atau menghilangkan pandangan kepada perkara positif yang lain, kerana secara tidak langsung, ia akan memberi kesan terhadap sikap dan tingkahlaku kita.

13. Ingatlah ujian yang datang adalah sebagai tanda Allah s.w.t mengingati kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

14. Lakukanlah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Fikir yang positif, bahawa setiap dugaan itu datang daripada Allah s.w.t dan pasti ada hikmah yang tersendiri disebaliknya

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories