Sabtu, Disember 12, 2009

Majlis Khatan Perdana & Khatam Al-Quran di Masjid As-Salam Puchong Perdana

Catatan YB Teresa Kok Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor semasa menghadiri majlis di atas.


Pada Sabtu (5/12/2009) yang lalu, saya menghadiri majlis berkhatan dan khatam Al-Quran di Masjid As Salam Puchong Perdana. Seramai 100 orang kanak-kanak lelaki menyertai majlis berkhatan ini. Saya mengambil kesempatan bergambar bersama dengan mereka di hadapan bangunan masjid. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa dimajlis tersebut.

Saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata sebelum majlis berkhatan bermula. Yang sedang duduk di belakang saya ialah Nazir Masjid As-Salam iaitu Tuan Haji Yasim Mohamed yang bercermin mata. Perempuan yang bertudung putih ialah Puan Hanim, Ketua Biro Wanita Masjid As-Salam yang juga merupakan penganjur program hari ini dan dan lelaki yang berpakaian baju hijau muda itu ialah suaminya En Sapiyan Md Din, Ahli Majlis MPSJ merangkap Timbalan Nazir Masjid As-Salam.
Di dalam ucapan saya, saya memberitahu budak-budak yang menyertai majlis berkhatan ini bahawa mereka telah pun dewasa selepas menjalani khatan. Saya menasihati mereka supaya mengikut ajaran agama dan ajaran daripada ibubapa mereka.
Budak-budak ini menyanyikan lagu “Potong” dari iklan P1 Wimax ketika berkompang masuk ke masjid . Saya kata saya amat tertarik dengan iklan Wimax yang menggunakan tema “potong” yang membawa dwi makna. Saya kata iklan kontroversial ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai terhadap produknya.

Saya difahamkan inilah kali pertama Masjid As Salam mengadakan majlis berkhatan walaupun telah siap dibina sejak lebih 4 tahun yang lalu. Puan Hanim amat gembira kerana terdapat lebih kurang 100 kanak-kanak lelaki menyertai majlis berkhatan ini. Ini merupakan program yang paling berjaya setelah jawatankuasa masjid dan nazir masjid ini ditukar.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories