Sabtu, Ogos 15, 2009

Sekitar Program-Program Yang Berlaku Melibatkan Masjid As-Salam

1) Mesyuarat AJK Masjid, 7 Ogos 2009


Seperti yang telah dijadualkan berlansunglah Mesyuarat ke-3 AJK Masjid As Salam. Mesyuarat yang memakan masa paling lama diadakan semenjak pengambil-alihan pentadbiran bermula 9.30 malam sehingga 2.30 pagi. Berpadanan dengan masa yang diambil, tujuan utama membincang dan membahaskan isu-isu berbangkit dan juga isu-isu semasa secara lebih terperinci demi untuk melicinkan perjalanan program yang telah dan bakal disusun seterusnya melicinkan pengurusan masjid.



Semoga segala keputusan yang telah diambil akan mendapat barakah dari Allah SWT hendaknya..


2) Pelancaran Kuliah As Salam anjuran Biro Dakwah

Biro Dakwah Masjid As Salam Puchong Perdana telah menganjurkan kuliah pengajian khas yang diberi nama “Kuliah As Salam”. Ia dilancarkan oleh Timbalan Nazir Masjid ini pada 9 Ogos 2009 yang lalu bertempat di bilik kuliah Masjid As Salam. Kuliah ini diwujudkan berdasarkan daripada kesungguhan sebilangan anak-anak kariah yang ingin lebih mendalami ilmu-ilmu agama selain yang diperolehi daripada kuliah pengajian di dewan solat .Majlis ini dihadiri kira-kira 40 orang peserta yang ingin mengambil bahagian dalam kuliah ini.



Kuliah khas ini akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ariffin Harun selama kira-kira 1 jam bermula dari jam 9.45 malam. Kuliah ini akan secara rasminya bermula pada 16 ogos 2009 yang akan datang. Kepada anak-anak kariah yang masih berminat untuk mengikuti kuliah ini bolehlah berhubung dengan Sdr. Izan (Setiusaha program) di talian 019 3105446 untuk urusan pendaftaran.

3) Seminar Pemerkasaan Masjid

Tanggal 11 Ogos 2009 yang lalu Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menganjurkan satu program “Seminar Pemerkasaan Masjid” untuk AJK masjid seluruh Negeri Selangor. Dihadiri sekitar 200 orang peserta terdiri dari kalangan Nazir dan Jawatankuasa masjid masing-masing. Masjid As-Salam Puchong Perdana diwakili oleh Timbalan Setiusaha dan Pengerusi Biro Kebajikan.



Seminar ini didapati amat bermanfaat buat jawatankuasa masjid kerana ia menerangkan dengan jelas halatuju masjid yang sepatutnya dipacu dengan matlamat yang betul. Bermula dengan ceramah oleh Penyelaras Hal Ehwal Masjid Negeri Selangor Ustaz Ramli Sidom, dan diakhiri dengan slot Forum yang membincangkan tajuk “Masjidku, Syurgaku”. InsyaAllah segala ilmu atau tips-tips penting yang diperolehi semasa menghadiri seminar ini akan cuba diaplikasikan di Masjid As- Salam ini.



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories