Selasa, Ogos 11, 2009

Program Smart Solat

Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah antara 3 buah masjid yang telah dipilih di antara 66 buah Masjid di Daerah Petaling untuk mengadakan program Smart Solat Anjuran Bersama JAIS. Program yang ditaja sepenuhnya oleh JAIS akan dikendalikan oleh Perunding yang dipilih oleh JAIS sendiri, akan diadakan pada 15hb Ogos dan berakhir 16hb Ogos jam sekitar 11 pagi

Program ini terbuka kepada semua anak-anak kariah yang berumur antara 11 - 15 tahun lelaki dan perempuan. Ianya berkonsepkan program "QIAM" di mana remaja-remaja akan di kehendaki untuk tidur (tinggal bermalam) di masjid untuk tempoh satu malam.

Di sepanjang program ini kelak, pelbagai aktiviti yang melibatkan rukun-rukun yang berkaitan dengan solat akan diperbincangkan termasuk kerja-kerja amalinya sekali.



Program ini juga akan diselitkan dengan satu slot "kuliah Magrib" yang akan disampaikan sendiri oleh penceramah yang dihadirkan sendiri oleh pihak penganjur di bilik yang disediakan khas untuk tujuan yang tersebut itu.

Program yang dijudualkan secara sistematik ini akan diselang-selikan dengan makan dan minum yang juga disediakan secara percuma kepada peserta.

Sebagai tuan rumah, Masjid As-Salam telah diperuntukkan untuk menyediakan di antara 100 - 120 orang peserta sahaja. Dengan yang demikian, penyertaan kepada program ini adalah lebih bersifatkan kepada siapa yang mendaftarkan dahulu akan diberikan tempat dan peluang sehinggalah jumlah maksima seramai 120 orang tercapai.

Kepada bakal peserta, anda adalah diingatkan untuk membawa barangan keperluan untuk bermalam selama semalam. Senarai keperluan adalah tertakluk kepada individu itu sendiri.

Bagi melicinkan program ini, bakal-bakal peserta bolehlah berhubung dengan En. Roslan Hanapiah, pengerusi Biro Belia & Rekriasi di talian 012-3726 328 dan pendaftaran dibuka bermula pada hari ini 11/8/2009. Untuk pra pendaftaran, bakal perserta bolehlah menelefon terlebih dahulu dan seterusnya peserta hendaklah mengisi borang yang akan disediakan (boleh didapati di masjid).

Pendaftaran akan ditutup selewat-lewatnya pada hari Jumaat 14/8/2009 sekiranya kuota peserta belum mencukupi.

Di sini dimaklumkan juga bahawa, ibubapa atau penjaga kepada peserta adalah dijemput untuk menghadirkan diri untuk mendengar satu program motivasi yang diadakan sejurus selepas solat sunat Dhuha berjamaah. Setelah selesainya program motivasi, penyampaian sijil akan dilakukan.

Untuk mendapatkan keterangan yang selanjutnya berkaitan dengan "tentative program", bakal-bakal peserta bolehlah mendapatkannya seperti yang dipamerkan dipapan-papan kenyataan muslimin dan muslimat.

Oleh yang demikian, besarlah hasrat kami bagi pehak J/Kuasa Masjid As-Salam untuk mempelawa semua akan-anak kariah di dalam kategori tersebut di atas untuk mengambil peluang yang jarang-jarang sekali diperolehi ini. Adalah difahamkan, kebiasaannya program seperti iniboleh mencecah sehingga RM200.00 untuk setiap peserta sekiranya dikenakan bayaran.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories