Sabtu, Ogos 22, 2009

Program-Program Di Sepanjang Bulan Ramadhan 1430H


Ramadhan Al-Mubarak Mengunjungi kita kembali. Dengan rasa syukur Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan umur kita sekurang-kurangnya pada saat dan ketika ini anda sedang menikmati puasa Ramadhan di mana seluruh umat Islam di dunia menyambutnya dengan penuh rasa syukur juga.

Seperti di mana-mana juga, samada di Malaysia mahupun di luar negara kedatangan bulan yang penuh kerahmatan ini memang amat ditunggu-tunggu. Lantaran itu, pelbagai program telah disusun di sana sini mengikut kemampuan dan juga persekitaran masing-masing.


Masjid As-Salam yang sedang diterajui oleh muka-muka baru juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan apa yang boleh dikatakan sebagai RUTIN RAMADHAN khususnya untuk lebih mengimarahkan bulan yang mulia ini. Jesteru itu, Ahli Jawatankuasa Kariah telahpun membentuk satu jawatankuasa khas sementara yang dipanggil Jawatankuasa Khas Ramadhan khusus untuk menyelaras pelbagai kegiatan pengimarahan bulan kerahmatan ini.

Jawatankuasa khas ini diketuai oleh Tuan Hj Zamri yang juga merupakan Pengerusi Biro Keceriaan Masjid As-Salam Puchong Perdana. Jawatankuasa yang ditubuhkan hampir sebulan yang lalu telah menyusun beberapa program yang antara lainnya termasuklah:


  1. Program berbuka puasa.

    Program ini akan berjalan disepanjang bulan Ramadhan di mana Masjid As-Salam akan menyediakan juadah berbuka puasa untuk sekitar 150 -200 orang, lelaki dan wanita. Program berbuka puasa ini juga merupakan sebahagian dari hasil penajaan yang datangnya dari kalangan individu dan korporat yang berada di dalam kariah Masjid As-Salam.
  2. Sebelum bermulanya solat terawih yang dijadualkan dengan 20 rakaat, satu slot tazkirah sekitar 15 minit akan disampaikan oleh Imam Solat yang bertugas.
  3. Solat Terawih akan dipimpin oleh dua (2) imam hafiz dari Madrasatul Miftahul Ulum, Seri Petaling, Selangor.
  4. Setelah selesai mengerjakan solat Terawih dan solat sunat witir, program akan diteruskan pula dengan Majlis Tahlil Arwah yang juga telahpun disediakan jadualnya.
  5. Setelah itu, Masjid As-Salam juga ada menyediakan sedikit juadah untuk para tetamu yang telah selesai bertahlil dan bersolat Terawih dengan sedikit jamuan Moreh, juga untuk sekitar 200 orang.
  6. Program seterusnya ialah, kepada sesiapa yang berminat daan berkebolehan serta berkelapangan, anak-anak kariah juga dijemput untuk sama-sama menghidupkan malam Ramadhan ini dengan program Tadarus Al-Quran yang akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil Kumpulan-kumpulan ini akan dipecahkan kepada 3 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita.


Program Agihan Bubur Lambuk


Lazimnya, kita sering mendengar bertapa meriah dan cerianya suasana yang berlaku di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur perihal pengagihan bubur lambuk. Setiap hari ada saja penggemar-penggemar bubur lambuk ini beratur menunggu giliran tanpa menghiraukan akan berapa panjang barisan yang dilakukan.

Tahun ini, Masjid As-Salam Puchong Perdana buat-julung-julung kalinya mengadakan program yang seiras dengan Masjid yang popular dengan bubur lambuk itu dengan membuat pengagihan secara terus kepada mereka-mereka yang berpeluang. Masjid akan menyediakan sekitar 200 bungkus bubur lambuk dan pengagihan ini tertakluk kepada "siapa cepat dia dapat".

Untuk setiap hari Sabtu & Ahad (bulan Ramadhan sahaja), Jawatankuasa khas akan mengadakan program gotong-royong memasak juadah berbuka puasa dan moreh yang akan dikendalikan juga oleh jawatankuasa khas Ramadhan ini.



Baazar Ramadahan

Tahun ini juga, mungkin merupakan tahun yang julung-julung kalinya Baazar Ramadhan berjaya diadakan secara besar-besaran sehinggakan lebih dari 30 lot tapak telah berjaya didaftarkan kepada peniaga-peniaga. Kelebihan kepada peniaga-peniaga bazar di sini juga terserlah kerana peniaga dicajkan dengan kadar yang jauh lebih murah dengan apa yang dicajkan oleh MPSJ. Juga para pembeli juadah, keselesaan akan lebih terserlah kerana Masjid telah menyediakan tempat parkir yang lebih luas dan sudah tentunya mudah untuk mendapatkan juadah.

Semoga dengan sedikit usaha dari kami di Masjid As-Salam Puchong Perdana ini akan dilimpahi dengan rahmah yang berpanjangan dari Allah SWT.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories