Sabtu, Ogos 08, 2009

Nak Berpeluh & Sihat? Jom Senamrobik

Seperti yang telah dijadualkan pada 2hb Ogos 2009 yang lalu, berlansunglah satu program riadah anjuran Biro Belia & Rekreasi Masjid As Salam iaitu Senamrobik As Salam. Ia adalah terbuka kepada semua peringkat umur. Bermula seawal 7.30 pagi pada setiap hari Ahad. Kehadiran peserta pada sesi pertama ini agak memberansangkan, namun kita berharap pada masa akan datang bilangan peserta akan bertambah dengan berjalannya aktiviti promosi yang hebat.

Bermula dengan senamrobik ringan diiringi dengan kemerduan irama nasyid menampakkan satu budaya senamrobik baru yang ditampilkan oleh instraktur yang berpengalaman iaitu saudara Mohd Zaidi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun pergerakkan peserta agak berterabur berlawanan dengan pergerakan instraktor yang kemas dan lembut….namun hasilnya kepuasan yang terserlah dari wajah mereka, ada yang cakap…hentam saja asalkan berpeluh. Apatah lagi diakhir sesi, instraktur telah memimpin peserta dengan senamrobik taichi…waduh kesedapan nya terasa hingga ke tulang sum sum. Tuan-tuan lihatlah coretan peristiwa senamrobik tersebut…..macam-macam ada!!!




Bersemangat mendengar taklimat awal tuan instraktur…..


Macam nak bersilat….nak tahan bulan pun ada…nan terebah pun ada….aneka rupa…


Kurang keterlibatan golongan remaja….dimana mereka!!!!

Ambik nafas dulu…rileks…rileks …..kata tuan instraktur

Yang bestnya, lepas bersenam ada jamuan sarapan nasi lemak pulak…lepat ubi kayu…kek coklat…apa cerita ni, tadi dah buang lemak…murahnya rezeki mereka yang menyediakan ni.

Nikmat selepas berpeluh….dan….kenyang


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA BIRO BELIA DAN REKREASI
MASJID AS SALAM



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories