Jumaat, Ogos 28, 2009

Kos Untuk Pengurusan Kubur Di Puchong Antara Termahal

Sekiranya anda merupakan penduduk tempatan, khususnya anak kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana, berpakah yang lazimnya anda dapat bayangkan kos untuk pengurusan kubur (tidak termasuk kos pengurusan jenazah) yang perlu dibayar kepada penggali kubur? Saya tidak terkejut, namun ramai orang terkejut sejurus sahaja melihat kos tersebut jika dibandingkan dengan kubur-kubur yang berhampiran dengan USJ 22. Kos untuk menggali dan menimbus mencecah sehingga RM700.00untuk setiap jenazah yang dikebumikan di situ. Pada amnya, kos yang biasa ialah mencecah sehingga RM400.00 untuk setiap liang lahat yang ditempah.
Ini jauh lebih mahal berbanding dengan apa yang dikenakan oleh penggali kubur di Bukit Kiara dan Bukit Damansara seperti berikut:
  • Bukit Kiara RM290.00
  • Bukit Damansara RM120.00
  • Shah Alam RM100.00
  • Taman Koperasi Polis RM290.00

Semalam, MPSJ telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan Nazir2 dan S/usaha Masjid yang menggunakan khidmat tanah perkuburan di USJ22 tersebut. Amnya, terdapat 11 Masjid yang menggunakan tanah perkuburan termasuk Masjid As-Salam Puchong Perdana dan jariah-kariah dibawahnya.



Masjid As-Salam yang diwakili oleh S/usaha telah sama-sama mendengar taklimat awal yang disampaikan oleh En Muhammad Azli, Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Khidmat Pengurusan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis MPSJ tersebut berjalan selama hampir 1 jam 45 minit khusus membincangkan mengenai kaedah-kaedah supaya Kos atau caj yang dikenakan adalah berpatutan dan sekurang-kurangnya setanding atau sama dengan tanah perkuburan yang berhampiran.


Mungkin di atas kealpaan atau terlepas pandang, MPSJ telah pun membuat permohonan kepada tuan punya tanah iaitu Majlis Agama Islam Daerah Petaling untuk menguruskan pentadbiran tanah perkuburan tersebut. Pernah satu ketika, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Senan, permohonan "mungkin" telah diajukan kepada JAIS (tiada dalam rekod MPSJ) semenjak 2 tahun yang lepas.


Cuma apa yang boleh dikatakan ialah, pada asasnya tanah perkuburan yang berkeluasan 22 ekar itu telah dihadiahkan oleh pemaju SIME UEP untuk dijadikan tapak perkuburan yang secara tidak langsung bersempadan dengan tanah perkuburan asal yang juga milik kerajaan. Dalam waktu yang sama, pemaju juga telah menghadiahkan sebuat Traktor (penggali/penyodok) khusus untuk tujuan menggali dan menimbus. Secara kebetulannya juga, beberapa tahun yang dahulu, kerja menggali kubur dilakukan dengan ikhlas tanpa meminta apa-apa bayaran dari keluarga simati kecuali apa yang diberi sahaja.


Dulu-dulunya, kerja menggali kubur dilakukan oleh Arwah, iaitu ayah kepada penggali kubur sekarang iaitu En. Sani (En Sani ialah penggali kubur sekarang). Sekarang ini, di tangan En Sanilah harga menggunakan tanah perkuburan itu ditetapkan tanpa ada pemantauan dari pehak berwajib seperti JAIS.


Hanya di akhir-akhir ini, Nazir Masjid Nurul-Huda Kampung Kenangan pernah dan selalu membuat aduan kepada MPSJ berkaitan dengan beberapa salah laku berkaitan dengan penggunaan dan pembaziran tanah perkuburan selain dari aduan berkaitan dengan caj yang melampau-lampau.


Lantaran daripada itu, maka tercetuslah pertemuan yang dianggap mesyuarat yang pertama. Pada akhir sesi mesyuarat tersebut, pengerusi menyatakan hasratnya yang benar-benar ingin melihat isu ini diselesaikan dengan seberapa segera. Beliau juga mengarahkan En Azli untuk memanggil wakil dari Masjid-masjid yang berkenaan untuk menghantar wakil untuk mesyuarat kali ke 2 seterusnya menjurus kepada satu memorandum atau perjumpaan yang perlu diadakan dengan JAIS untuk memhon restu supaya pentadbiran tanah perkubburan USJ 22 ini dapat diserahkan kepada MPSJ.


Pengerusi mesyuarat En Selamat juga menjangkakan supaya mereka-meraka yang hadir pada hari semalam merupaka mereka yang akan dihantar oleh Nazir untuk mewakili masjid masing-masing supaya penjelasan tidak perlu dilakukan lagi untuk kali yang kedua.




Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories