Rabu, Ogos 26, 2009

Kontraktor JKR Telah Memulakan Kerja2 Membaiki

Mungkin sudah ramai yang mengetahui, dan juga mungkin ramai yang masih belum perasan akan beberapa tiang yang menyokong bangunan masjid telah mengalami hakisan yang amat teruk. Dan Masjid As-Salam telahpun menghantar satu surat pemberitahuan kepada JAIS, JKR, MPSJ dan Pejabat EXCO Dato' Dr. Hassan Ali beberapa bulan yang lalu.

Hasil dari laporan tersebut, satu maklum balas secara bertulis telah diterima dari JAIS yang telah mengarahkan JKR supaya satu tindakan segera dilakukan.

Hasilnya, hari ini, kontarktor yang telah dipilih oleh JKR telah mula menghantar peralatan yang diperlukan untuk tujuan membaik-pulih supaya masjid dipastikan sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan.


Kontraktor yang dilantik ialah Tetuan Matsutiara Sdn Bhd yang beralamat di Pusat Dagangan UMNO Shah Alam. Mengikut wakil dari kontraktor yang berkelas E dengan Pusat Khidmat kontraktor ini, kerja-kerja mestilah disiapkan sebelum menjelang 1 Syawal 1430M.

Sehubungan dengan itu, kontraktor tersebut telah meminta kerjasama dengan Masjid untuk membenarkan penggunaan Air dan elektrik dan juga sedikit ruang untuk menyimpan perkakasan.

Kontraktor tersebut telah dihadiri oleh Pengurus Projek, En Faizal.

Sama-samalah kita mengharapakan agar Masjid ini diselamatkan dari sebarang mala petaka atau bala.





Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories