Ahad, Ogos 09, 2009

Gotong-Royong Perdana As-Salam

Ceria…harmoni…dan kerjasama, itulah gambaran peristiwa pada 2hb Ogos 2009 dimana berlansungnya program gotong-royong masjid As Salam, anjuran Biro Keceriaan yang diketuai oleh Hj Zamri. Dengan kehadiran ajk dan anak kariah yang agak memberansangkan diikuti pula selepas mereka selesai acara senamrobik…maka menampakkan semangat yang kental dikalangan semua untuk sama-sama membersihkan dan menceriakan rumah Allah SWT ini.

Penerangan ringkas diberikan oleh Hj Zamri mengenai pembahagian tugas dan sebagainya. Antara skop gotong royong yang dijalankan termasuklah pembersihan kawasan sekeliling masjid, penanaman pokok-pokok bunga yang disumbangkan khas daripada MPSJ, pembersihan kawasan dalaman masjid dan ruangan dibawah masjid dipermukaan tasik. Keadaan dibawah menggambarkan segalanya mengenai program gotong royong tersebut.





Gaya seorang ketua program……Hj Zamri menyampaikan penerangan ringkas



Kelengkapan yang disediakan oleh MPSJ untuk kemudahan gotong-royong serta sumbangan pokok-pokok bunga…Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan pada MPSJ



Nampaknya tidak sabar mereka ini nak memulakan gotong royong….hebat sungguh!



Ini baru cakap serupa bikin…Tuan SU masjid, En. Bedin Jusoh



Anak-anak kariah yang bertungkus lumus membantu…..



Kelibat tuan Imam 1 diperhatikan….tersimpul malu

N/B : Kesemua gambar dan juga script adalah diusahakan oleh Pen Setiausaha Masjid - Memang Rajin Budak Nih!

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories