Sabtu, Ogos 22, 2009

Cuit-Cuit 1 Ramadhan


Hari ini, bermulalah segalanya seperti yang dirancangkan perihal menyambut 1 Ramadhan. Tidak banyak yang hendak disampaikan di sini memandangkan hari ini merupakan hari yang pertama rancangan yang dibuat sebulan yang lalu berjalan. Walaupun begitu, saya sempat memfokuskan "lensa" kamera digital yang tak seberapa ini demi untuk membuat sedikit liputan perihal beberapa perkara.

Antaranya ialah persiapan berkaitan dengan program berbuka puasa dan juga baazar Ramadhan. Alhamdulillah, seawal selesai sahaja solat Asar, petugas-petugas J/Kuasa Khas Ramadhan telah pun mula mengagihkan bubur lambut sebanyak 200 bungkus. Proses pengagihan berjalan begitu lancar seperti yang dirancangkan sehingga hampir setiap orang hanya diberikan satu bungkus sahaja seperti yang dijanjikan.

Setelah itu saya sempat meninjau persiapan untuk berbuka puasa dan juga jamuan moreh. Di sini juga menunjukkan kesepakatan dan nilai ukhuwwah yang tinggi di antara para sukarelawan ini. Masing-masing menjalankan kerja tanpa perlu diarah. Ramai sekali petugas yang sedang bersiap siaga untuk menaburkan keringat.

Cumanya seperti biasa, kesesemua para sukarelawan ini merupakan petugas-petugas yang baru, yang berkungkinan juga inilah pengalaman pertama mereka menguruskan suasana ini. Amnya, semua berjalan begitu lancar sekali.

Dalam waktu yang sama, di luar sana terdapat lebih kurang 10 gerai jualan Baazar Ramadhan. Saya merasakan agak khuatir akan jumlah sebenar peniaga-peniaga yang berdaftar dengan Biro Ekonomi. Seperti yang saya difahamkan sebelum ini, terdapat lebih daripada 30 gerai telah didaftarkan. Setelah sedikit penerangan diberikan oleh beberapa orang AJK Biro Ekonomi, saya agak bersetuju dengan mereka semua.

Pertamanya, En. Nazri yang juga salah seorang AJK Biro ekonomi yang paling aktif mengesahkan terdapat 29 peniaga yang berdaftar, cumanya kebanyakan mereka pulang ke kampung masing-masing sempena awal Ramadhan yang secara kebetulannya jatuh pada hari Sabtu. Kata mereka, InsyaAllah pada hari Isnin kesemua peniaga-peniaga yang telah mendaftarkan diri akan mula berniaga seperti yang dirancangkan.

Dalam waktu yang sama, saya mendapati satu gerai yang agak ramai dikunjungi oleh pelanggan. Mungkin disebabkan gerai pasangan En Rozi ini di"manipulasikan" oleh banner kepunyaannya sendiri yang secara langsung mengiklankan sajian juadah berbuka puasa. Mungkin inilah kaedah terkini untuk mempromosikan produk. Lagi pun, membuat banner sudah menjadi kebiasaan dan mudah dibuat atau diperolehi.

Sedikit maklumat berkaitan dengan kutipan atau Infak harian Ramadahan.

Saya difahamkan, jumlah kutipan malam tadi telah mencecah lebih dari RM1500.00. Kepada mereka-mereka yang telah memberi sumbangan, saya mewakili J/Kuasa Khas Ramadhan mengucapkan "Jazakallah hukhairan kashira". Semoga malan anda diterima oleh Allah swt.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories