Ahad, Ogos 23, 2009

1 Ramadhan 1430M - Satu Lembaran Baru Pasangan Ini

Malam tadi, tepat pukul 11:00 malam, sewaktu membuka pintu kereta, saya telah disapa oleh suara yang saya kenali, suara Pak Man, Pengerusi Nahi Mungkar & Keselamatan. Rupa-rupanya saya telah diSMSkan beberapa kali sebelum daripada itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa, Pak Mam memberi tahu saya yang dia perluakan 1 bilik kosong untuk urusan perkahwinan "ekspres". Ekspress dalam erti kata yang sebenarnya ialah mereka yang hendak diijab-kabulkan ini adalah didatangkan dari luar Puchong, bermustautin di Kg Pandan Kuala Lumpur.

Saya tidak sempat bertanyakan secara lebih lanjut lagi akan sebab musabab kenapakah pernikahan tersebut diadakan di Masjid As-Salam. Bagi menghormati Pak Man yang telah banyak berjasa dalam menjalankan urusan tangkapan khalwat, saya yakin dan saya cukup percaya, mesti ada asbab kenapa Pak Man melakukan perkara ini.


Dipendekkan cerita, pasangan ini telahpun terlanjur sehingga telah melahirkan seorang anak luar nikah yang telah berusia 4 bulan dan masih tetap hidup bersama seperti pasangan-pasangan yang lain yang sah nikah-kahwinnya. Cuma, yang membezakan ialah, pasangan ini tidak pernah kahwin. Tidaklah pula diketahui samada pasangan ini pernah mengetahui akan hukuman dunia mahupun hukuman akhirat yang bakal diterima.

Mengikut pasangan ini, mereka sebenarnya telah lama bersedia untuk bernikah, akan tetapi perasan yang bercampur baur di antara takut akan hukuman dunia dan juga tidak mengetahui kaedah-kaedah serta peraturan nikah-kahwin ini, maka pasangan ini terus menerus hidup dalam keadaan "berdosa" dan takut-takut. Maka inilah peranan yang Pak Man mainkan selaku pengerusi Biro Nahi Mungkar, yang sepatutnya pada ketika itu melakukan Tadarus Al-Quran di surau Pangsa Perdana.

Mutakhir ini begitu banyak tangkapan dan rujukan yang telah dibuat kepada Biro Nahi Mungkar ini, melangkaui apa yang sepatutnya dilakukan dengan "kuasa" yang ada pada Pak Man. Telah banyak pasangan-pasangan "haram" ini telah diijab-kabulkan di Masjid As-Salam. Pendek kata, pekerjaan Biro Nahi Mungkar ini bukan sahaja setakat menangkap dan mengurangkan jenayah, malah jauh daripada itu, kerja-kerja susulan yang wajib syarie telah dilakukan tanpa perlu diarah. Pak melakukannya bersendirian dari segi "kaunseling" kepada individu-individu yang bermasalah.

Pak Man juga pernah dan sering memberi tahu akan jadual-jadual "ambush" serta jadual pasangan yang ditangkap bakal bernikah di Masjid As-Salam. Ammya, selepas ini mungkin Masjid As-Salam akan menjadi popular dari segi sudut ini. Walauapapun, ini satu usaha yang amat bagus, mudah-mudahan dengan niat yang bersungguh-sungguh, satu hari nanti, kadar jenyah syariah akan terus menurun dari semasa-ke semasa.

Bebalik kepada cerita mengenai pasangan kahwin ekpress tadi, mungkin ini merupakan satu iktibar kepada bukan sahaja anak-anak muda, malah yang dewasa juga kerana soal "hubungan haram" ini bukan hanya milik sah orang muda. Mungkinnya paangan ini telah diberikan petunjuk oleh Allah swt sempena kedatangan bulan, penghulu segalan bulan, bulan kerahmatan ini

Semoga pasangan yang diijab-kabulkan malam tadi akan diberi keampunan (seandainya mereka bertaubat)sepenunya akan keterlanjuran mereka. Dan ambillah peluang di Bulan Ramadhan ini untuk melakukan sebanyak-banyak ibadah serta amalan baik yang lain.



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories