Rabu, Julai 22, 2009

Semalam Bersama Biro Nahi Mungkar

Awal minggu ini, saya telah dihubungi oleh pengerusi biro Nahi Mungkar & Keselamatan seawal jam 00:07 pagi. "Pak Man" begitu bersungguh-sungguh meminta saya menemani pengerusi Biro Dakwah untuk menyelesaikan satu kes suami isteri yang bergaduh yang telah pun memasuki hari kedua.

Mendengarkan rayuan Pak Man, di mana dia mengatakan dia sedang sibuk mengecat sesuatu (mungkin mengecat tiang khemah...)saya hanya mengiyakan permintaan beliau. Dalam waktu yang sama, saya sempat menelefon En Harun Nayan beberapa kali. Saya menyangkakan beliau (En Harun) sedang tidur. Dan memang sangkaan saya betul di mana setelah beliau menelifon saya kembali. Beliau tidur kerana memang telah "standby" untuk melakukan "ambush" di salah sebuah rumah yang telah sekian lama diintip menjalankan aktiviti yang kurang disenangi oleh jiran-jiran mereka. Mengikut "spy", terdapat kecenderungan isi rumah yang besekedudukan dengan pasangan yang bukan muhrim.


Memang sebelum dari pada ini, saya dan beberapa AJK yang lain selalu mendapati, ramai sekali AJK biro nahi mungkar yang bertugas di waktu malam melakukan pelbagai rondaan dan intipan. Kerja-kerja sedemikian selalunya dilakukan selepas waktu 12.00 tengah malam. Berderet petugas-petugas biro nahi mungkar yang lengkap dengan pakaian "jeket" Masjid As-Salam.

Setelah saya sampai ke Masjid sekitar jam 12:15 tengah malam, saya mendapati Encik Harun telah pun sedang menemani Tuan Hj Ahmad Sabri memberi khidmat nasihat kepada pasangan yang bermasalah tersebut. Dalam waktu yang sama, sudah ada beberapa AJK biro Nahi Mungkar yang telah siap siaga untuk menjalankan amanah yang telah ditetapkan.

Berbalik kepada kesah pasangan yang bergaduh tersebut, jenuh juga pengerusi biro dakwah memberi nasihat yang mana pada akhirnya, atas kebijaksanaan dan ilmu yang ada pada Tuan Hj Ahmad, pasangan yang bergaduh tersebut akur dengan nasihat tersebut. Adalah difahamkan bahawa isteri kepada pasangan tersebut telah seolah-olah meminta suami melakukan talaq. Isteri juga telah meminta supaya Tuan Hj Sabri memaksa si suami malakukan "sumpah" menggunakan Al-Quran dengan hanya membaca sebuah "karangan" yang telah diolah khusus sebelum pasangan tersebut datang ke Masjid As-Salam lagi. Antara kandungan karangan yang diolah ialah meminta si suami menafikan beberapa perbuatan sihir di mana sekiranya si suami benar-benar melakukan, pasti bala akan mendatangi si suami dalam masa terdekat antara lainnya ialah kemalangan dan sebagainya.

Cerita ini diberhentikan di sini untuk meberi laluan kepada kisah semalam bersama biro nahi mungkar.

Setelah pasangan yang bermasalah tersebut beredar dari Masjid As-Salam, Pak Man, AJK biro, En harun dan saya sendiri bergegas ke lokasi "penangkapan" seperti yang telah dirangkakan. Kami bertolak sekitar 1:30 tengah malam. Lokasi tersebut hanyalah di sekitar Restoran Belanga di Puchong Indah 3.

Setelah pengadu memberi tahu lokasi yang sebenar, Pak Man mula melakukan rutinnya. Ianya dibantu khas oleh En Harun Nayan. Pintu rumah mula diketuk seawal 1;45 pagi. lama juga menunggu sehinggalah hampir pukul 2:00 pagi barulah pintu rumah mereka yang disyaki dibuka. Terpacul 2 muka wanita muda dengan seluar "kontot" tanpa menunjukan sebarang riaksi yang mencurigakan.

lantas En Harun meminta kebenaran untuk memasuki rumah tersebut setelah memperkenalkan diri. Dan kami dibenarkan masuk tanpa halangan. Dipendekkan cerita, memang mereka (2 pasangan) bukan muhrim antara lelaki dan wanita. Dengan kebijaksanaan Pak Man dan AJK yang lain, kesemua ibubapa dan penjaga (waris) terdekat telah datang memenhi permintaan kami yang menyatakan bahawa anak-anak mereka terlibat dalam kes besekedudukan. Dan kesemua mereka bersetuju untuk mereka disabitkan dengan kesalahan.

Banyak lagi prosedur-prosedur dan proses penangkapan dilakukan.

Oleh kerana saya menjangkakan kes ini berpanjangan, saya telah meminta izin utuk pulang terlebiih dahulu sekitar jam 4:00 pagi. Sebelum beredar, saya sempat berbual denga beberapa AJK biro, dan mereka sepakat mengatakan, ini lah selalu rutin mereka, kadang-kadang sampai 5 hari berturut-turut sekiranya terdapt aduan.

Memang besar pengorbanan dan peranan yang dimainkan oleh biro Nahi mungkar. Mereka melakukan dengan penuh sukarela. Hatta untuk membasahkan tengkuk mereka, mereka mengeluarkan duit poket mereka sendiri. Ini belum lagi diambil-kira kos penganngkutand an kos panggilan telefon kepada keluarga mereka yang disyaki.

Semoga, Pak Man dan kesemua AJK biro terus istiqamah dalam menjalankan amanah ini.

Nota : hari ini Sabtu 12:25 pagi (tengah malam), sudah terdapt beberapa orang AJK biro nahi mungkar telah melaporkan diri.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories