Rabu, Julai 08, 2009

Sekitar Program Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Nasharudin Tantawi

Dimulai jam 8.00 malam selepas selesai solat Maghrib berjemaah. Dihadiri hampir 400 orang jemaah dan merupakan satu rekod baru masjid As Salam yang mana kuliah ini mencatatkan jumlah kehadiran jemaah yang tertinggi setakat ini.

Rata-rata jemaah yang hadir berpuas hati dan teruja dengan ceramah yang disampaikan oleh Yg Bhg. Ustaz. Ada dikalangan mereka berhajat dan meminta Yg. Bhg. Ustaz untuk datang dan berkuliah secara tetap di Masjid ini.

Itulah kehebatan yang ada pada Al Fadzil Ustaz Nasrudin B. Hj Hassan Tantawi. Merupakan seorang pendakwah bebas sepenuh masa, mempertaruhkan kehidupan dunia nya semata-mata hanyalah untuk berdakwah dan mengajak seluruh manusia ke jalan Allah SWT



“Antara intipati ceramah beliau ialah mengajak manusia agar kembali membudayakan dan menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan dan rujukan hidup masa kini dalam apa jua persoalan…meninggalkan budaya-budaya yang dipromosikan oleh musuh Allah seterusnya meletakkan Islam ditempat yang tinggi lagi terpuji”



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories