Jumaat, Julai 10, 2009

Penyusunan Semula Peniaga Gerai Jumaat

Rentetan peristiwa……………

Pada 10hb Julai 2009 tibalah masanya yang ditunggu-tunggu iaitu hari berlakunya perubahan besar pada susunan peniaga-peniaga hari jumaat di Masjid As Salam. Masjid As Salam dibawah gerakerja Biro Ekonomi telah berjaya membuat satu perubahan yang begitu mencabar dimana semua peniaga-peniaga ditempatkan disatu sudut yang lebih sesuai dan teratur. Tidak dinafikan ada pihak yang berpuas hati terutamanya dari kacamata pengunjung, malahan ada juga yang melemparkan kata-kata sinis terutamanya mereka-mereka yang ber kepentingan. Walauapapun yang berlaku perubahan ini hanyalah untuk memudahkan anak-anak kariah datang beribadah di masjid tanpa ada halangan-halangan tertentu disamping dapat menikmati juadah makanan dengan selesa.





Pada 12.48 tengahari ruangan berniaga baru telah siap dan dipenuhi oleh peniaga-yang berdaftar. Petugas RELA ditempatkan dipintu-pintu masuk utama untuk mengawal aliran kenderaan terutamanya motosikal.

Pandangan keseluruhan dari jauh kawasan berniaga yang secara totalnya ditempatkan didalam kawasan parkir masjid. Pada jam 1.15 tengahari pengunjung mula melawatai gerai-gerai jualan. Antara peraturan utama, Jawatankuasa masjid menetapkan agar aktiviti perniagaan mestilah di berhentikan sementara sebaik sahaja azan pertama dilaungkan.



Kelihatan bahagian laman dan lobi masjid sudah kembali tenang dan tidak sesak seperti sediakala dan memudahkan para jemaah untuk terus naik kemasjid tanpa ada halangan. Kelihatan juga Jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh En Subhi dan Tuan Nazir diruangan gerai untuk sama-sama memantau keadaan agar terkawal dan berjalan lancar.



Bahagian pintu masuk utama juga kelihatan agak tenang dan motosikal ditempatkan diruangan yang ditetapkan dengan bantuan pengawasan oleh petugas RELA. Sesudah solat Jumaat kelihatan para peniaga menyambung perniagaan dan para jemaah berarak keluar dari masjid dan sebahagiannya terus melawati gerai-gerai jualan.



Secara umumnya tahniah diucapkan diatas kecekalan jawatankuasa bertindak kerana membuat satu perubahan besar tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingi berlaku. Semoga Allah memberkati segala usaha yang murni ini…InsyaAllah



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories