Jumaat, Julai 03, 2009

Masih Ramai yang Kurang Faham

Hari ini, penulis memang sengaja (sahaja dan berniat) untuk tidak mahu mengambil tempat di ruang solat utama samada untuk mendengar khutbah yang bakal disampaikan oleh Nazir Masjid As-Salam mahupun untuk melakukan solat Jumaat. Ini ada kerana telah sekian lama mendengar komen-komen dari beberapa orang sahabat mahupun anak-anak kariah yang lain, terlalu ramai mengatakan bahawa terdapat sebilangan besar peniaga-peniaga yang masih tidak mempedulikan laungan azan amnya dan kutbah Jumaat khususnya.

Ini kerana, tanpa segan dan tanpa silu mereka meneruskan untuk berjual beli tanpa mempedulikan langsung akan larangan-larang dan rukun solat dan khutbah Jumaat.



Samada memang mereka-mereka ini dangkal dengan ilmu-ilmu berkaitan dengan rukun solat & khutbah Jumaat ataupun mereka dari kalangan yang suka mempersenda-sendakan hukum-hukum & perintah Allah. Manakan tidaknya hampir disepanjang khutbah, mereka bukan sahaja bercakap-cakap soal berjual-beli, malah lebih daripada itu mereka sanggup makan dan minum lagi tanpa sedikit pun ada bersalah kalau pun tidak mempunyai rasa malu.

Kalu dikatakan terlupa, maka mereka semua harus terlepas dari "hukum", akan tetapi, masakan mereka terlupa sedangkan cakapannya tidak ubah seperti "keretapi laju" - "non-stop", hatta menenggelamkan suara Nazir yang membaca khutbah.

Memang cukup malang sekali bagi insan-insan seperti ini, kalau diamati dari dulu-dulu lagi, peniaga-peniaga inilah yang merupakan punca kepada sebahagian besar dari masalah yang dinyatakan. Penulis cukup yakin, sebahagiannya cukup faham akan hasil daripada tindakan/perbuatan mereka memandangkan mereka sering kali memalingkan muka-muka mereka seandainya kita mengarahkan pandangan kepada mereka. Mereka tunduk-tunduk malu.


Pengamatan yang seterusnya, tidak jauh dari tempat duduk penulis, terdapat satu gerai menjual barang kulit. Tanpa rasa segan dan malu, dalam kehangatan khutbah dilaungkan dengan berkobar-kobar oleh khatib, di masa itulah kepulan-kepulan asap dimuntahkan dari mulut-mulut mereka. Langsung tidak mempunyai adab.


Di sini saya bukan hanya sekadar melapor dan menulis sahaja. Dalam masa yang sama saya menyeru agar biro-biro yang terbabit seperti biro keselamatan & nahi mungkar, biro dakwah dan biro ekonomi membuat rondaan awal, seawal sebelum sesuatu khutbah dimulakan. Nasihat-nasihat yang berterusan keapada insan-insan yang kurang bernasib baik ini diberikan secara langsung dan MESTI diutamakan tanpa rasa jemu.

Kepada yang kurang arif, di sini diberikan sedikit rujukan berkaitan dengan rukun khutbah Jumaat

Rukun khutbah Jumaat

1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran yang sempurna pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Syarat sah Khutbah Jumaat

1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa
ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya
dan antara khutbah dengan solat.
8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan
diam sebentar.
9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang
digunakan untuk menyampaikan khutbah.
10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

Semoga dengan sedikit pendedahan ini, kita semua J/Kuasa Kariah terus menanam semangat dan tekad untuk melaksanakan tugas lebih dari sekadar yang "BIASA". Istiqamah itu amat perlu tanpa perlu ada rasa jemu dan benci.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories