Selasa, Julai 07, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Biro Dakwah Masjid As Salam dengan Kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP 13)

Program bermula jam 8.30 pagi, dimulai dengan ucapan perasmian dari Timbalan Nazir Masjid As Salam. Sessi pagi ini merupakan penerangan mengenai pengurusan jenazah secara teori. Di hadiri oleh seramai 70 orang yang terdiri daripada ajk masjid dan peserta-peserta dari setiap surau qariah Masjid As Salam


Diikuti pada sebelah petangnya dengan penerangan berbentuk praktikal mengenai cara memandikan dan mengkafankan mayat. Disampaikan oleh Yg Bhg Ustan Sofwan dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ketekunan dan kegigihan para peserta mengikuti kursus ini terserlah dan terpapar dan ini membuktikan kursus-kursus seperti ini perlu diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang…InsyaAllah…Tahniah kepada pihak penganjur program.



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories