Rabu, Julai 29, 2009

Komentar Peniaga Jumaat Di Masjid As-Salam

Tanggal 24 Julai 2009 yang lalu, saya (Suhaimi) ini telah melakukan rondaan di sekitar gerai Jumaat Masjid As Salam. Terdetik di hati ingin menebual dengan para pengunjung gerai dan penjaja di situ. Di bawah ini adalah petikan komen-komen yang diterima hasil daripada temubual penulis.

En. Muin B. Salehuddin… merupakan pengunjung dari luar kariah Masjid As Salam berpendapat bahawa suasana Jumaat pada masa ini dari segi penyusunan gerai adalah jauh lebih baik dari sebelum ini…nampak lebih tersusun dan lebih meriah serta ceria.


En. Mohd Haslam….Puchong Perdana

Beliau berpendapat berlaku perbezaan yang amat ketara berbanding pentadbiran terdahulu mengenai susun atur gerai…satu perubahan yang amat positif. Beliau juga memberi cadangan mengenai keadaan laluan keluar-masuk para jemaah dipintu hadapan yang agak sesak.... cadangan beliau ialah mengadakan laluan alternatif pada pejalan kaki demi mengelakkan perbuatan-perbuatan sumbang seperti melompat pagar yang didapati pernah berlaku. Terima kasih atas cadangan beliau……..


Mohd Nasir…Peniaga Gerai Ice Blended

"Keadaan peniaga sekarang kelihatan lebih teratur dan beliau merasakan agak selamat berniaga pada ketika ini kerana tidak perlu merebut tapak berniaga seperti yang berlaku sebelum ini".


Peniaga Nasi Ayam….Mak Cik Nor

Berpendapat keadaan pendapatannya lebih kurang sama dengan keadaan dahulu dan beliau merasakan lot tapak perniagaannya agak terkebelakang dan pengunjung agak kurang. Penulis menyarankan pada beliau agar membuat sepanduk “nasi ayam special” agar pengunjung lebih nampak dan tertarik. Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa selesa dengan perubahan ini.

Rojak dan Cendol….Mohd Sultan

Berpendapat tapak perniagaan baru lebih tersusun dan nampak OK! Dari segi pendapatannya sama saja dan beliau memberi cadangan kalau boleh lot perniagaan ini diluaskan sedikit…Beliau tersenyum lebar pada hari ini kerana cendolnya habis….Syukran!


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories