Sabtu, Jun 20, 2009

Sessi Taarof Penceramah

Pada hari Sabtu 13hb Jun 2009, satu majlis ilmu yang ketiga telah diadakan pada sessi kali ini. Kuliah Subuh ini disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi bagi kita iaitu Yg Bhg Ustaz Hj Mohd Abdullah B. Osman Al Iraqi. Beliau berpeluang untuk mengajar ilmu Hadis pada setiap bulan hari Sabtu minggu ke-2. Kuliah ini sebenarnya merupakan sambungan dari kuliah-kuliah yang terdahulu cumanya ini merupakan kali pertama ia dijalankan dibawah pentadbiran Jawatankuasa yang baru.

Penceramah yang lebih dikenali sebagai Ust Abdullah Iraqi ini mempunyai latarbelakang ilmu yang cukup hebat dimana beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang Al Quran dan Bahasa Arab di Karachi. Fakulti Hadith di Universiti Abu Bakar di Baghdad. Universiti Mutansariyyah dalam bahasa arab. Universiti Saddam Husin dalam Ijazah Usul Dakwah dan Fiqh Islami dan akhir sekali Universiti Baghdad dalam Master Hadith.



Beliau mempunyai gaya penyampaian yang tersendiri dan cukup menyegarkan hati dan minda para pendengar. Dengan gaya bahasanya yang sepenuhnya loghat utara diselang seli dengan gurauan bersahaja membuatkan kira-kira anggaran 90 orang pendengar terus segar dan tidak terasa mengantuk dan terlentuk. Sekali sekala beliau bangun dari kerusi penceramah dan berkuliah sambil berdiri diselangi dengan nada suara yang cukup perkasa membuatkan para pendengar terus teruja dan terkesan,
Keupayaan beliau merterjemahkan hadis dan menghuraikannya melalui kaitan kisah-kisah para nabi membuatkan kuliah subuh ini begitu bermakna dan bermanfaat bagi semua ahli jemaah masjid As salam Puchong Perdana. Kitab yang di rujuk oleh Yg Bhg Ustaz ialah ‘Kisah Para Nabi’ -Teladan Bagi Yang Berakal, Karya Asal: Qishashul Anbiyaa.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories