Isnin, Jun 15, 2009

Ralat Pada Taqwim

Kami, pentadbir laman blog Masjid As-Salam ingin memohon sedikit kemaafan dari segenap lapisan pengunjung blog berkaitan dengan ralat yang ditunjukkan di dalam Taqwim Masjid.

Jika diperhatikan, terdapat 2 ralat yang jelas iaitu berkaitan dengan waktu kuliah dan juga tarikh. Ralat tersebut adalah berpunca dari proses kemas-kini menggunakan komputer yang berlainan dalam mana sesetengah komputer telah tidak mempunyai tarikh yang sah yang didaftarkan dalam "BIOS" komputer.

Dalam kes ini, walaupun pihak yang membuat kemas-kini membuat pembetulan pada komputer mereka melalui Ms Windows (dengan menjangkakan ianya sudah diperbetulkan) namum sebenarnya ia masih menunjukkan ralat. Ini kerana "time" yang perlu ditunjukkan di sini adalah "time" yang didaftarkan oleh "BIOS" bukannya pada "Windows Browser". Melainkan sesuatu telah dilakukan di dalam "BIOS", maka kedua-dua "time" tersebut akan menjadi sama.


Dalam pada itu, di sebabkan kesemua tarikh dan waktu taqwim telah di"save"kan di "server" blogger, maka terpaksalah kami membuat segala pembetulan satu persatu sekali lagi.

Sekadar makluman awal sebelum semuanya kembali seperti biasa, anak-anak kariah bolehlah merujuk kepada taqwim yang dipaparkan pada papan kenyataan masjid yang di sebelah muslimin dan muslimat.

Harap maklum.

Pentadbir laman blog.



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories