Sabtu, Jun 06, 2009

Pesanan Dari PENTADBIR BLOG

Asslamulaikum kepada semua pengunjung Blog Masjid As-Salam.

Sebagai pentadbir blog Masjid As-Salam, ingin saya menarik perhatian anak-anak kariah bahawa, semenjak pelancaran blog ini dibuat, sudah terpadat bermacam maklumat yang dihantar ke emel masjid. Alhamdulillah, kesemua emel yang dihantar dapat difahami maksudnya dan kesemuanya menjurus kepada penambah-baikan Masjid.

Kami bersungguh2 menerima pandangan dan teguran. Cumanya ingin saya membuat sedikit saranan bahawa, sekiranya saranan yang dihantar adalah melalui e-mel, maka apa yang adapat saya lakukan ialah hanya membuat balasan (reply) sahaja kepada individu yang terbabit. Lantaran itu saya merasakan cadangan tersebut adalah lebih baik sekiranya dihantar samada ke ruangan "Chatting Box" ataupun sebaik-baiknya ke bahagian "Reply atau Comment" yang terdapat pada setiap bahagian akhir sesuatu posting atau artikel.



Rasanya ianya tidak akan menjadi masalah sekiranya komen-komen di letakkan pada artikel mana sekali pun. Dengan melakukan yang demikian, kesemua pembaca akan dapat membaca saranan dan juga luahan setiap pembaca tanpa melalui tapisan maklumat.

InsyaAllah kimi tidak akan menapis apa juga komen/reply yang dibuat. Cumanya setiap penghantar komen kestilah jujur dan bersifat adil kepada diri sendiri dan juga kepada jawatanjuasa masjid.

Sila letakkan nama yang betul dan sahih.

Dengan cara ini juga, anak kariah dapat memastikan samada kami benar-benar peka akan sebarang komplen atau saranan.

Sama-samalah kita manfaatkan peranan blog ini untuk penambah-baikan Masjid As-Salam Puchong Perdana dan juga untuk manfaat bersama.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories