Isnin, Jun 01, 2009

Penyerahan Tugas - Apa Kata Mereka!

Berkaitan dengan penyerahan tugas oleh bekas Nazir Masjid As-Salam, maka kami siarkan beberapa pandangan dan luahan dari kalangan Ahli Jawatankuasa yang dipilih dan dilantik
"Kita menerima seadanya mereka sebegitu kerana hanya setakat itu sahaja yang mereka mampu lakukan. Memilih untuk menerima atas apa yang ada atau mungkin tiada majlis penyerahan sama sekali.
Alhamdulillah para sahabat semua termasuk Nazir baru berlapang dada menerima apa sahaja yang ada kerana mereka (j/k lama) itu sukar untuk dibawa berbincang bahkan apabila dipanggil oleh JAIS pun mereka tidak hadir untuk sesi taklimat serahan tugas.



Ana dimaklomkan oleh bekas Nazir itu bahawa hanya mereka berdua sahaja yang akan buat penyerahan (Nazir dan bendahari)manakala lain-lain jawatankuasa enggan hadir"

tegas En. Sapiyan Md Din selaku Timbalan nazir dan juga selaku Pengerusi Biro Pembangunan Masjid As-Salam

Tambahanya lagi "Itu pun mereka tergesa gesa nak serahkan hinggakan mereka menunggu kami hampir satu jam kerana kami kena menghubungi para sahabat yang lain termasuk Nazir Baru untuk meminta pandangan sebelum keputusan dibuat untuk menerima apa-apa sahaja yang mereka nak serahkan.

Jika ditunggu pada sebelah malam seperti yang dijanjikan dan mereka pasti tidak hadir kerana mereka memaklomkan bahawa sebelah malam mereka nak balik kampong.

Mudah-mudahan jawatankuasa baru adalah mereka yang jauh lebih baik dari j/k lama dan mampu memikul amanah mentadbir masjid itu seperti mana yang sepatutnya"

Manakala Encik Roslan Hanapiah selaku Wakil Pemuda dan Ketua Biro Belia & Rekriasi hanya membuat ulasan yang cukup ringkas tetapi dalam maksudnya. "Bertapa tak beretikanya mereka dan yang pentingnya ianya merupakan satu pengajaran buat kita J/Kuasa yang baru" tegas beliau melalui sms yang dihantar.

Manakala selaku Wakil Wanita (Ketua Biro Wanita), puan NoorHanim Ismail pula menambah "Saya mengharapkan kita menjadikan institusi masjid menjadi lebih menyerlah dan dapat mengimarahkan masjid dari semas ke semasa".
Tambahnya lagi "saya berharap mudah-mudahan cita-cita murni ini akan menjadi kenyataan, Insyaallah".

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories