Khamis, Jun 11, 2009

Kuliah Sulung Di bawah Pengurusan Baru

Pada 10hb Jun 2009 bermulalah secara rasmi program pengajian di Masjid As Salam Puchong Perdana. Pengajian dimulakan dengan ‘Kuliah Maghrib Perdana’ disampaikan oleh Yang Bhg. Prof. Dr Hj Muhd Kamil Hj Ibrahim, Pengarah UITM, Johor.

Beliau merupakan seorang ahli akademik Doktor Falsafah bertaraf Professor yang berjaya namun latarbelakang pendidikan agamanya yang sangat terkebelakang.

Berbeza dengan penyampaian kuliah yang biasa kita dengar selama ini, beliau mempunyai satu keajaiban dan kekuatan riwayat hidup yang luarbiasa yang dianugerahkan Allah SWT yang boleh dikongsikan bersama. Kembaranya beliau dari Johor ke masjid As-Salam Puchong Perdana adalah untuk berkongsi pengalaman perihal seroang yang asalnya "JAHIL" tentang agama sehinggalah apa yang beliau perolehi hari ini hanyalah kerana keAgungan Allah s.w.t.


Mukaddimahnya menceritakan bahawa dulunya beliau seorang yang jahil dalam beribadat pada Allah, menadah tangan dan berdoa berhajatkan sesuatu yang tidak putus-putus dan permintaannya dimakbulkan. Beliau menceritakan hampir setahun beliau bermunajat, dengan berkomunikasi secara langsung dengan Allah hampir 2 jam setiap malam. Bermula dari situlah beliau mula mengenali Allah, menginsafi dan terus berdoa pada Nya melalui kekerapan sembahyang malam yang dilaksanannya. Hasil daripada istiqamahnya dalam berdoa selama bertahun-tahun maka permintaan beliau dimakbulkan melalui beberapa siri peristiwa "pelik" dan keajaiban ketika melakukan ibadah Haji di Makkah. Kejadian yang serupa juga berlaku tak kala beliau dan juga keluarganya melakukan Umrah.

Penegasan yang ingin disampaikan oleh beliau ialah kebergantungan kita pada Allah hendaklah dipertingkatkan melalui doa yang istiqamah dan keikhalasan nescaya Allah akan makbulkan dan limpahkan rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sepanjang hampir 1 jam 30 minit beliau berkongsi pengalaman dan peristiwa yang bercampur; takut, insaf, gembira dan syurkur, Prof. Kamil tidak jemu-jemu menunjuk kaedah bagaimana beliau bermunajat kepada Allah yang akhirnya sesuatu yang beliau mahukan dimakbulkan oleh Pencipta yang Maha Agung. Sedikitpun ketika beliau menceritakan sebahagian dari transformasi yang melanda dirinya tidak menunjukkan sebarang rasa "Riak". Ianya menceritakan ketulusan dalam menjalankan amanah sebagai da'ie.

Diakhir penyampaian kuliahnya, beliau memberitahu bahawa beliau terbuka untuk menerima jemputan dari mana-mana pihak untuk menceritakan peristiwa yang telah mengubah segala frasa kehidupannya yang cukup mengkagumkan bagi sebilangan besar daripada kita. Beliau telah berjaji bahawa tiada apa-apa upahan dikenakan, malah beliau melarang sama sekali mana-mana individu atau kumpulan untuk menjadi orang tengah kepada program beliau.

Program beliau selalunya mengambil masa 2 jam untuk menjamin kualiti penyampaian yang berkesan.

Walaupun promosi yang agak singkat, namun kehadiran anak-anak kariah adalah jauh melebihi dari kuliah-kuliah terbaik yang pernah disampaikan oleh penyampai kuliah sebelum ini.

Majlis ini dipengerusikan oleh Tuan Nazir dan dihadiri oleh hampir 300 orang anak kariah dan penceramah mengambil masa 1 jam 30 minit untuk menghabiskan ceramah beliau.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories