Selasa, Jun 16, 2009

Kuliah Dwi Bulanan Pertama


Pada 12hb Jun 2009 Masjid As Salam Puchong Perdana diimarahkan lagi dengan adanya majlis ilmu yang kedua bagi sessi kali ini. Kuliah Maghrib ini disampaikan oleh Yg Bhg Ustaz Mohd Nazir B. Zakaria. Beliau berpeluang untuk mengajar di Masjid As Salam pada setiap hari Jumaat minggu ke-2 dan ke-4 dan bidang yang difokuskan ialah Tasawwur Islam.

Beliau merupakan seorang pendakwah bebas yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan agama yang mendalam di Pondok Pasir Tumboh dari 1982-1992 iaitu selama 10 tahun. Beliau berhijrah ke Selangor dan pernah menjadi Bilal di Masjid UPM pada 1955. dan seterusnya menjadi Imam di Masjid tersebut selama 6 tahun bermula sejak 1997. Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan dianugerahkan Allah SWT seramai 7 orang anak.

Kuliah sulung beliau pada malam ini disimpulkan sebagai berjaya memukau kira-kira 150 ahli jemaah yang hadir. Rata-rata ahli jemaah didapati tidak berganjak dan terus memberi tumpuan pada kuliah yang beliau sampaikan. Buat permulaan ini, beliau hanya memberi gambaran awal mengenai bidang Tasawwur Islam ini dan penyampaiannya lebih berbentuk ceramah.

Sedikit ulasan daripada ceramah beliau, beliau menekankan definasi Tasawwur yang merupakan satu gambaran atau rupabentuk Islam itu sendiri. Islam bukanlah sekadar agama semata-mata yang menjadi kepercayaan setiap individu muslim tetapi ia melangkaui cara hidup dan kaitan dengan aspek siasah, ekonomi, kekeluargaan dan lain-lain lagi. Semua aspek-aspek ini bergerak atas Hukum Taklif yang terdiri dari 5 hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Kelancaran dan kemahiran beliau dalam memberi ceramah dan pidato membuatkan ahli jemaah terleka dan tanpa sedar majlis ini telah berjalan hampir 1 jam dan Yg Bhg Ustaz mengakhirinya tepat jam 9.10 malam. Pada ulasan beliau menasihati ahli jemaah agar membawa buku nota untuk membuat catatan dan beliau juga akan berusaha untuk memberi satu kelainan dalam aspek penyampaian dalam kuliah beliau yang akan datang.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories