Jumaat, Jun 05, 2009

Kekosongan Jawatan (Segera)

Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa Warganegara Malaysia khususnya dari kalangan anak kariah yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tertera di bawah:
Jawatan : Pembantu Tadbir
Taraf jawatan: Sepenuh masa
Masa kerja : 9:00 pg - 5.00 ptg (Isnin hingga Sabtu)
Cadangan gaji : Berpatutan

Kelayakan :
1) Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM
2) Berkemahiran menggunakan asas komputer seperti MS Windows, Excel, Power points, internet explorer & e-mailing.
3) Personaliti baik serta memiliki sikap yang betul
4) Ada kenderaan bermotor
5) Lelaki
6) Berumur 18 ~ 30 tahun

Antara Tugasan dan skop-kerja:
1) Urusan penyediaan surat menyurat untuk pengesahan dan tindakan Setiausaha
2) Urusan penyerahan dan penerimaan surat.
3) Filing sistem
4) Rekod-rekod anak kariah (utk kegunaan bulk SMS dan keperluan JAIS)
5) Penyelarasan rekod-rekod pelajar dan kutipan yuran pelajar Tuisyen Matematik, Inggeris, Kelas Komputer, Kelas Al Quran, Kelas Muslimat, dll
6) Penyimpanan dan penyelarasan bil-bil/resit-resit kewangan
7) Menjadi pembantu penuh kepada Setiausaha dan Bendahari
8) Perkara-perkara lain yang diarahkan oleh Nazir Masjid As-Salam

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada assalampuchong@gmail.com atau permohonan bolehlah dihantar secara bertulis kepada:

Tuan Nazir,
Masjid As-Salam Puchong Perdana
Persiaran Puchong Perdana
47100 Puchong Selangor D.E.

Maklumat permohonan mestilah mengandungi RESUME dan 1 salinan IC. Anda juga boleh menghantar permohonan terus ke Pejabat Nazir Masjid As-Salam dengan memasukkan butiran permohonan ke dalam sampul surat.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories