Rabu, Jun 17, 2009

Kearah Pemantapan Penyampaian Kuliah-Kuliah

Pada 10hb Jun 2009 yang lalu, Masjid As-Salam telah memulakan kuliah sulungnya dengan menampilkan seorang penceramah yang terkenal dengan konsep 'motivasi' yang dibawanya. Namum, di sebalik hakikat kehebatan tersebut, kami bagi pehak pentadbir yang cukup baru merasakan terdapat kecacatan hasil dari kurangnya mutu peralatan Masjid As-Salam, terutamanya sistem pembesar suara, PA itu sendiri.

Insyaallah usaha-usaha sedang dijalankan dan dipergiatkan untuk mempertingkatkan kualiti "sound system" yang sedikit sebanyak telah memberikan kami satu cabaran baru untuk mengatasinya. Dan yang mutakhirnya, kami telah berjaya untuk mendapatkan khidmat N'deko, iaitu pakar dalam bidang "sound engineering system" secara langsung melalui 'Owner'nya sendiri. Sama-samalah kita berdoa agar Allah mempermudahkan segala usaha kita untuk menampilkan kuliah-kuliah yang terbaik bukan sahaja dari segi kandungan kuliah sahaja, malah kualiti bunyi sistem pembesar suara itu sendiri.


OK. Itu perihal Sistem Pembesar Suara.

Kini, sekali lagi pentadbiran baru Masjid As-Salam, melalui Biro Pendidikan & Pembangunan Insan, BBPI ringkasnya, telah merumuskan satu kaedah khususnya untuk pemantapan penyamapaian kuliah secara keseluruhan.

Sejajar dengan peningkatan kualiti Sistem Pembesar Suara yang sedang diusahakan, BBPI juga amat menekankan akan kualiti "PENYAMPAI KULIAH" itu sendiri. Satu garis panduan yang lengkap telah dibuat dan setiap dari penceramah atau penyampai kuliah di Masjid As-Salam ini adalah tidak terkecuali dari garis panduan ini.

BBPI melihat, kaedah ini penting bagi mengelakkan tanggapan anak kariah (masyarakat) bahawa pentadbiran baru Masjid As-Salam melakukan "Tangkap Muat" sahaja demi untuk mengisi ruang-ruang kosong di sepanjang bulan atau minggu.

Pemantauan akan dilakukan oleh seseorang yang telah diamanahkan dan hasil dari pemantauan ini akan dirumuskan kepada jemaah jawatankuasa Majlis Mesyuarat J/Kuasa Kariah & Pegawai Masjid As-Salam yang diadakan setiap bulan.

BBPI berpendirian bahawa, hanya penceramah-penceramah yang melepasi KPI yang disediakan sahaja akan dipanggil dan ditawarkan untuk menyambung khidmat penyampaian kuliyah mereka. Semua pencaramah akan diberikan masa selama 6 bulan (maksima) untuk menyesuaikan diri mereka. Namun demikian, sekiranya terdapat kelemahan yang terlalu ketara di dalam penyampaian kuliah mereka, hasil dari kurangnya ilmu dan kaedah dari penceramah itu sendiri berdasarkan dari komplen dan pengamatan pemerhati-pemerhati, maka pentadbiran baru tidak teragak-agak untuk memberhentikan khidmat ustaz atau penceramah tersebut serta merta. Hanya penceramah yang mempunyai kommitment yang tinggi dan bersungguh-sungguh sahaja akan diterima termasuklah antara lainnya kedatangan mengikut jadual seperti yang telah diperuntukkan kepada penceramah.

Garis Panduan Penceramah adalah seperti berikut:

• Kemahiran penyampaian.
• Kepelbagaian kaedah pengajaran.
• Persediaan pengajaran.
• Pengurusan masa yang efektif.
• Komunikasi yang harmoni.
• Pengawalan sikap dan emosi.
• Keaslian ilmu
• Jawapan balas dan teguran membina.
• Tahap minat dan semangat mengajar.

Maka dengan itu, kami amat-amat mengharapkan agar kesemua penceramah yang dijemput bersedia untuk memberi khidmat yang terbaik, demi untuk menjamin Masjid As-Salam ini lebih selesa untuk dikunjungi oleh anak kariah khususnya dan kariah-kariah yang lain ammya.

Bedin Bin Jusoh
Setiausaha
Masjid As-Salam Puchong Perdana.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories