Khamis, Jun 11, 2009

Bermulanya Satu Sejarah As-Salam Puchong



Tanggal 5 Jun 2009, terlakarlah satu sejarah bagi Masjid As Salam Puchong Perdana di mana Khutbah Jumaat telah disampaikan sendiri oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam iaitu Tuan Hj Yasim Mohamed. Ini merupakan satu transformasi yang dibuat oleh Jawatankuasa baru masjid yang meletakkan budaya kepimpinan yang berketrampilan dalam usaha untuk meningkatkan kewibawaan institusi masjid ke satu tahap yang sepatutnya.



Tuan Nazir melalui khutbahnya menyarankan pada ketua keluarga iaitu para bapa agar mengembalikan dan memperkukuhkan lagi keharmonian dan kesucian institusi keluarga. Tujuan ini hanyalah boleh dicapai melalui penekanan kepada tahap pemahaman ilmu-ilmu agama.

Keberkesanan khutbah ini juga boleh dilihat melalui tumpuan penuh yang diberikan oleh para sidang Jumaat yang hadir.

Semoga corak kepimpinan Masjid As-Salam yang ditunjukkan oleh pengurusan baru ini akan menjadi pencetus kepada kembalinya kegemilangan fungsi masjid yang sebenar iaitu sebagai pusat ibadah dan penyebaran ilmu dan dakwah. InsyaAllah.



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories