Selasa, April 21, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015


4hb April 2015;  Majlis ini dianjurkan sebagai sumbangan pihak Masjid As Salam kepada anak kariah selain sebagai satu galakan untuk mereka terus berusaha mencapai kejayaan.

Majlis dibuka dengan mukaddimah daripada En. Roslan selaku Pengerusi majlis, seterusnya ucapan daripada Haji Yasim selaku Nazir Masjid As Salam.

Ahad, Mac 22, 2015

Anggota Rela Berbangsa India tekun menjaga Lalulintas Masjid


Oleh: Noraizura Ahmad

Puchong – Tidak kira panas atau hujan, demi tugas yang digalas, tiga anggota RELA tetap setia menjaga keadaan lalu lintas di hadapan Masjid As-Salam di Puchong Perdana, setiap kali tibanya waktu solat Jumaat.

Masjid As-Salam merupakan masjid bagi kaum lelaki beragama Islam di kawasan berdekatan mengerjakan solat Jumaat, ia juga menjadi tumpuan kepada peniaga yang mengambil kesempatan mencari rezeki di situ.

Seperti kebanyakan masjid di Lembah Klang, keadaan di sekitar rumah Allah itu akan sesak dengan jemaah dan penjual dan kadang-kadang khidmat RELA untuk menguruskan keadaan lalu lintas dan tanggungjawab itu jatuh ke bahu tiga individu; Leftenan Rela Selvan Benjamin, 52, Chanoren Andrews, 49 dan Kannan Muniandy, 41.

Ahad, Mac 08, 2015

Kursus Kepimpinan Masjid Siri 1 - satu usaha memantapkan kompetensi ajk masjid


PIMPINAN Negeri Selangor dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan untuk ajk masjid dan surau di sekitar Puchong.

Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sharif Iskandar, Ketua Kampung Batu 14 merangkap Penasihat Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada ajk masjid dan surau telah mengikuti kursus ini. Kursus Kepimpinan ini telah dikendalikan oleh Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories